Tuesday, February 8, 2011

VALENTINE , ADAKAH BOLEH KITA MERAIKANNYA?????

Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana dengan izinNya, Buletin Rohani edisi 1 tahun 2011 dapat diterbitkan. Kali ini isu yang akan dibincangkan adalah isu “panas” yang timbul setiap tahun menjelangnya tarikh 14 Februari 2011.Tentu para pelajar dapat meneka dengan mudahnya bukan?Ya, sudah pasti Hari Valentine yang diraikan oleh majoriti orang. Adalah amat menyedihkan apabila ramai orang Islam lebih mengetahui tarikh Valentine berbanding hari-hari kebesaran Islam, sedangkan bagi umat Islam, adalah HARAM hukumnya meraikan Hari Valentine..mengapa???

*Apakah yang dimaksudkan dengan “Valentine”?
Menurut Ken Swiger dalam artikelnya “Should Biblical Christians Observe It?”Valentine berasal daripada bahasa Latin bermaksud “yang perkasa,kuat  dan berkuasa.” Ini ditujukan khas kepada Nimroe dan Lupercus, tuhan masyarakat Rom. Dalam hal ini, sedar atau tidak,orang yang menyambut Hari Valentine sama seperti menghidupkan kembali budaya pendewaan dan pemujaan patung-patung sembahan masyarakat Rom itu, sedangkan hakikatnya yang mesti kita sembah, kita taati, tempat kita meminta,dan memohon perlindungan, yang kita paling cintai, hanyalah ALLAH Subhanahu wa Taala. Ayuh, bersihkanlah hati kita, akidah kita  daripada segala perkara syirik dan maksiat.

Sebagai umat Islam kita sepatutnya sedar bahawa beramal mengikut budaya yang bertentangan dengan Islam boleh menjejaskan akidah, dan akhlak kita. Sambutan Hari Valentine ini adalah jelas bertentangan dengan akidah Islam.

*Apakah hukum menyambut Hari Valentine?
Hukumnya adalah haram. Berdosa besar jika dilakukan.








    *Apakah kisah-kisah yang berkaitan dengan
     Hari Valentine?

1)Menurut Peguam Zulkifli Nordin, “Valentine” adalah nama seorang paderi , Pedro St. Valentino.14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Cordova ,Sepanyol.Paderi ini merupakan antara orang penting yang ditugaskan untuk menjatuhkan Kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Beliau  telah mengisytiharkan hari tersebut sebagai “Hari Kasih Sayang” kerana padanya Islam adalah zalim! Jadi mengapa umat Islam merayakannya, sedangkan hari itu adalah hari tumbangnya Kerajaan Islam Cordova, Sepanyol?? Betapa zalimnya kita jika kita turut meraikan Hari Valentine ini.


2) Sebelum abad ke-17 Masihi, masyarakat Rom meraikan Hari Valentine setiap tahun sebagai hari mencintai tuhan atau patung pujaan mereka. Dalam sambutan itu, mereka mengorbankan anjing, dan kambing betina. Kemudian darahnya dilumur pada tubuh dua orang pemuda.Tubuh yang berlumuran darah itu kemudian dibasuh dengan susu sebelum diarak ke tengah Kota Rom.Ketika perarakan itu berlangsung, pemuda itu memegang kulit anjing dan kambing betina yang masih berdarah dan memalit darah berkenaan kepada sesiapa saja yang bertembung dengan mereka. Gadis-gadis Rom amat gembira jika badan mereka dipalit darah berkenaan, kerana mereka percaya darah tersebut dapat menghalang mereka daripada menjadi mandul.
Setelah mengetahui sejarah di sebalik sambutan Hari Valentine ini, mudah-mudahan kita dapat menjauhkan diri daripada menyambutnya.Ingatlah, kesucian agama kita dapat dipertahankan selagi kita berpegang teguh dengan akidah Islam.  


                







                  * Apakah dalil-dalil naqli yang dapat membuka
Minda kita supaya insaf akan hakikat sebenar?

1)Firman Allah dalam surah Al-Isra’ ayat 36 yang bermaksud:

Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan , dan hati , semuanya itu akan dipertanggungjawabkan.

2) Firman Allah dalam  Surah Al-an’am ayat 116 yang bermaksud:

Dan jika kamu mengikuti kebanyakan orang di bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu daripada jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti prasangka belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta.

3) Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 120 yang bermaksud:

Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang terhadap kamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar). Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak  lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

4) Barang siapa yang menyerupai satu kaum, dia akan termasuk   dalam golongan mereka.                           (Hadith Riwayat Ahmad)

          Sekian dulu untuk kali ini. Moga-moga kita tergolong di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh..insyaAllah..bertemu lagi pada keluaran seterusnya…

                                                                          - Mzb-




Sunday, August 29, 2010

Pengenalan

Blog ini dikendalikan oleh Majlis Permuafakatan Islam SMK Tinggi Perempuan Melaka